Terima Kasih Pada Yang Sudi Jenguk Blog ini
"Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat." (Hamka)

Thursday, March 4, 2010

Dugaan sering mendatang

Hermmm...nak di jadi kan cerita... 030310 sekali lagi buat aku bengang dan tension dengan kehidupan ini. Sampai bila aku harus berhadapan dengan masalah yang tak ada noktah nya ini. Tamparan hebat selama aku hidup...aku sering terima mesej berunsur ugutan. Hinggakan aku sendiri makin tercabar dan berani melawan yang selama ini aku jenis banyak diam. Tapi bila api yang di simbah minyak akan lebih membara membakar. Aku pun tak tau, apakah salah aku....hingga aku di hukum sedemikian rupa. Aku sedar antara kita memang jauh, aku hidup di sini dengan dunia ku bersama laptop kesayangan ku...tapi engaku di sana...no komen (ala-ala jwpn artis). Apapun terjadi aku masih mampu mengukir senyuman.

HACK apa itu hack? Pendek kata memberi erti seorang yang tidak bertanggungjawap memasuki laman penting seseorang. Cth nya email, facebook, tagged, irc dan sbg nya. Bila masuk semua password akan di ubah supaya pemiliknya tidak boleh sign in. Tu ler yang terjadi pada diri ku hingga aku bengang untuk 2 minggu ini. jiwa ku betul2 tertekan di buat macam tu. Email penting semua kena block. Ntah lah apa faedah yang hacker tu dapat. Seolah-olah ingin menghalang perjalanan hidup ku. Selama ini aku tak pernah halang perjalanan hidup mu...tapi balasan yang sangat kejam kau berikan pada ku. Aku pun tak tau mau kata apa lagi.... Sendiri mau ingat lah ya.....

Aku dah bengang dan tension..aku kuar pi jalan dgn bawa keta speed se-speed nya... tu lah kerja ku. Buat diri ku lepas dari tekanan. Semakin hari...semakin hebat dugaan aku terima. Apa sebenarnya akan Dia tunjukkan pada ku?? Allahualam... Aku hanya mampu berdoa, semoga ada sinar kebahagian akan ku temui selepas ini.

Masa pun dah lewat dan mata pun dah kuyu...maka aku akhiri coretan blog ini dengan Asslamualaikum.... Semoga esok akan lebih baik dari hari ini dan aku berharap ada berita yang boleh mengembirakan diri ku.

2 comments: