Terima Kasih Pada Yang Sudi Jenguk Blog ini
"Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat." (Hamka)

Thursday, March 11, 2010

Kanak-Kanak

Kecil-kecil dulu
Tengok bulan cantik
Tapi jauh
Letak tangan atas bulan
Senyum
Tak jauh pun…

Kecil-kecil dulu
Tengok pokok tinggi
Nanti jatuh
Tapi tetap panjat
Sampai atas sengeh
Tak jatuh pun…

Kecil-kecil dulu
Tengok bintang banyak
Susah jumlah
Tapi tetap kira
Bentuk tangan macam teropong
Kecikkan mata
Kumat-kamit satu…dua…tiga
Kakak bilang four..five..six
Campur-campur semuanya 18 juta
Tak susah pun…

Kecil-kecil dulu
Tengok sungai deras
Takut lemas
Tapi tetap mandi
Bila bibir biru lebam
Berlari pulang kesejukan
Sampai rumah kena cubitan
Dalam sakit masih sempat bersuara
Tak lemas pun…

Kecil-kecil dulu
Selalu dodoi adik
Nyanyi lagu iklim
Diorang kata suara macam katak
Kalau nyanyi nanti hujan
Tapi tetap berlagu riang
Bila habis aku cakap kat diorang
Tak hujan pun…

Kecil-kecil dulu
Suka tengok kapal terbang
Setiap kali lalu
Dongak ke atas
Lambai-lambai tangan
Jerit babai…babai…shiuuuu
Kalau dapat naik mesti best
Pejam mata
Lalu bayangkan
Tak best pun…

Kecil-kecil dulu
Suka tangkap kunang-kunang
Nenek cakap lampu orang mati
Kalau tangkap orang mati kejar
Tapi tetap tangkap
Masuk botol kaca
Sembunyi dalam baju
Dalam bilik gelap
Kunang-kunang bagi terang
Cantik
Takde orang mati kejar pun…

Kecil-kecil dulu
Suka kutip bijih getah
Laga-laga kasih pecah
Sepupu lelaki kata nanti tangan luka
Tapi tetap laga
Tangan memang merah
Tapi tak luka pun…

Kecil-kecil dulu
Hutan dan bukit
Menjadi padang permainan
Selipar jepun
Tshirt dan seluar paras lutut
Mama kata banyak nyamuk … semak
Nanti calar balar
Tapi tak peduli
Gelongsor dari atas bukit
Dengan daun terap lebar-lebar
Kena daun keladi gatal
Gayut-gayut macam tarzan
Memang calar dan gatal
Tapi tak kisah pun..

kecil-kecil dulu
banyak kisah
tak cukup kertas mau cerita
ada lupa
ada ingat
tapi impian
memang besar sangat

Yang pasti
Kecil-kecil dulu
Semua yang susah
Semua yang remeh
Semua yang mustahil
Semua yang tidak boleh
Semua yang ragu-ragu
Semua yang tanda tanya
Bukanlah isunya
Bukanlah persoalannya
Semuanya serba mudah
Semuanya serba boleh
Asal saja mahu mencuba
Asal saja mahu terlaksana
Gagal..jatuh…malu…dan sebagainya
Belakang kira :)

By : Noralina Rafael
Seri Kembangan

11032010

Ermm..lama pula aku tak jenguk blog ku ni. sebenarnya aku pi mencari ilham. Tapi ilham pun tak dapat2. hehehe.. Hari ni 11hb mac...tarikh keramat bagi ku. peristiwa tahun lalu. tapi semua tinggal kenagan. Biarlah aku jer yg tau tarikh hari ni... Aku bersyukur dapat mengenali diri mu. Sejak dua menjak ni idea ndak ada lah... hari2 yang di lalui pun biasa2 jer. Tapi ada satu perasaan dlm diri ku ni yg pelik...ntah lah apa. biar lah aku layan diri ku sndri jer. huhuhu.... aaaaaa....penulisan terpaksa dihentikan sbb no idea kata org putih. hehe..

Sunday, March 7, 2010

Asal dari kampung

Tahniah pada Juara Raja Lawak Musim Ke-4 kumpulan Kecik Asal Dari Kampung...Mantap lah korang. Macamana lah kamu mau bebagi kereta sorento tu ya...susah jg kalau bekumpulan ni kan. Kenalah bekongsi hadiah... Si Alex dengan si Idlan senang lah...boleh menikmati hadiah sendiri2. Tu lah kan, kalau dah rezeki mau di bagi..senang jer dapat. Tak kira lah rezeki tu mcmana kita dapat, tu lah betapa besar nya anugerah Tuhan ni. Sekelip mata jak sudah ada motor, ada keta naza, ada duit beribu2....wahhhh....kalau aku sure tak tidur malam ni. terbayang dengan hadiah2 tu. hahahha....aku ni angan2 jak lah kuat. Tapi diri ku sendiri pun belum ada apa2 lagi. Calon pun ndak ada lagi.... hahaha... Hanya sabar jer lah dulu kan. aikkk...aku nak citer pasal raja lawak...tersasar plak dari tajuk besar. Bah..back to the main story... Raja lawak ni dah musim ke4, baru lah kali ni aku mengikuti nya hingga ke final. sebelum ni aku rasa mcm ndak best jak...sebab mgkn dulu aku masi begelar student so citer2 mcm tu kurang layan sikit. Al-maklumlah ada benda yg lebih penting aku harus selesaikan. Ceh...konon jak aku ni. Padahal kalau AF aku sentiasa ikuti pekembangan. Kahkahkah... kata org Malaya...Poyo jak aku ni..... Naaa...raja lawak sudah abis, next week plak bermula lah menuju puncak AF musim ke8. Hujung minggu jawapnya depan tv lah besantai. Tu pun kalau aku masih duk di rumah lah. Sebab ada niat mau pi merantau ni. Merantau mencari sesuap nasi. Mau juga dapat dengan sekelip mata keta sorento. hahahahha..... Mak aiiii....tak abis2 dengan angan2.
Alah...jam 12 lebih sudah....time utk layan mata. patut lah aku dengar ada sayup2 panggilan manja ku di panggil di atas katil. Rupanya si sponge bob n si bear memanggil. hahaha... Anyway, congrats to kecik...even korang tak baca blog ku ni. Happy juga Raja Lawak orang Sabah yang angkat. Hidup Sabah..!!!! Vote Sabah Bagus Bah!!!!!

Dalil Cinta

Best ler tengok citer lakonan Fahrin dengan Amani tu... Ada mesej yg di sampaikan untuk insan2 yang begelar wanita especially. Hahhhh....pada yang dah nak kawin n berumahtangga tu cuba2 lah belajar jadi sorang isteri ya. hahaha.... Aku ni dah malas nak belajar tu semua...sebab bila aku dah serius orang tu pula buat perangai hinggalah aku kecewa. So, dalam diri ni... bab2 masak, cuci pakaian, kemas rumah tu semua kira ku boleh lah. Tapi...nak tunjuk rajin n ada ciri2 isteri tu aku dah malas nak buat. Sebab benda ni aku rasa....aku akan pandai juga 1 day nanti. Tapi sebab aku selalu kecewa lah buat kan aku dah malas nak amik tau tu semua. Bahagia juga hidup kalu dapat jumpa suami macam Fahrin tu ya...penyayang, tak pemarah, baik hati jer dengan isteri..... Wahhhh...bahagianya ku rasakan. Citer Dalil Cinta tu memang best lah...pengajaran sangat2 buat kaum hawa yang nak kawin atau yang dah begelar isteri. Jaga suami bebaik n makan minum nya. hehehe.... Jangan nak kena bebel oleh mak mertua n mak sndri. Eh..gerun juga bila citer pasal mak mertua ni kan. Seumur hidup ku...tak pernah lagi aku bemesra dengan ex bf ku punya mak. Ntah bila lah agaknya masa itu akan tiba..... Akhir citer tu, sedih juga aku...tersentuh jiwa ku yg lembut ini. (lembut kah ya?) Aku hanya mampu berdoa dapat bertemu dengan bakal suami ku yang baik hati nya.

Ermmm....masuk bab lain pula...hari ni ntah lah perasaan ku mendung jer. Aku pun tak tau apa yang aku mau sebenarnya. Betul juga kata kawan ku di FB tu mungkin diri lonely... Yups..memang aku rasa hidup ni lonely sangat2. Umur macam aku ni orang kata memang patut n wajib ada steady bf. Kekadang terkenang juga kenagan lama ku. Nak jatuh jer air mata bila ingat. Tak sangka diri ni di buat macam orang yang tak ada hati dan perasaan. Napa sanggup sakitkan hati ku. Adakah semua kerana untuk kepuasan nya sahaja?? Puas bila dapat mainkan hati sorang perempuan. Arggghhhhh.... (naaa..kan jatuh lg air mata ni). But, today memang hati ni emo sangat2. Cepat tersentuh.... Aku doakan dia berbahagia. Aku memang tak nak ingat bend a ni semua....tapi tipu lah kan kalau ndak pernah teringat. apalagi di malam2 ni n hidup ku yang bertemankan laptop jer ni lagi lah terasa..... Tapi apakan daya.... mungkin apa aku buat ada rahmat di sebaliknya. Memang tiada manusia yang perfect di dunia ini. Aku bukan lah mencari yang perfect sangat...tapi cukuplah orang yang pandai jaga hati ku dan hormat diri ku dan tak suka mengada2kan citer. Apalagi bab tipu menipu ni...memang pantang nenek moyang ku. Wahhhh....cukup...cukup....mangkin aku layan ...mangkin emo n jatuh air mata nanti mengenangkan nasib diri. Baik aku layan mata dulu.....

Sekian untuk ketika ini....hehehe.....

Friday, March 5, 2010

Lelaki diakhir zaman ini


"Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat
ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan
leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu
yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah
yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir

Tergempar

Khamis, 3 Mac 2010, Lahad Datu :Kejadian berlaku dalam bilik seorang gadis. Kata suspek, dia melihat kejadian tersebut dengan tidak sengaja nya ketika dia hendak melihat cermin selesai mandai malam. Lalu suspek tergamam dan terkejut kerana menurut suspek ini adalah kejadian pertama dia melihat kejadian tersebut di depan mata. Suspek terus mencapai camera dan mengambil gambar apa yang dilihat nya. Saksikan kejadian tersebut.


Apa yang anda saksikan dalam gambar ini?

Sementara itu, suspek memanggil anak buah nya untuk saksi kan terjadian tersebut. (hahahaha...)

Thursday, March 4, 2010

Busukkk!!!

Apa yang busuk? haha... wap lubang buangan keluar bau nya bila ada angin. tu ler yang busuk... sebab apa? Sebab rumah bahagian dapur kena tambah then tambah 1 toilet lagi...lubang tu dah kena sambung tapi mangkuk nya tak pasang lagi. Asal tengahari atau angin kuat mesti bau tu akan datang....Uwerrkkkk!!! hahaha...Bila lah nak kena simen bhgian lantai ni... 5 buah tandas dah di rumah ni. so lps ni jgn mau berebut2 ya org rumah....tapi apapun aku tetap terakhir juga...hehehe... iskkk..merepek pasal tandas plak aku..kahkahkah....

Cuaca sangat panas terik sekarang ni...bila lah nak turun hujan...sejuk kan sikit bumi ini dan berikan rahmat air hujan mu kepada umat-umat mu... :)